Subhanallah.. aku terpanggil untuk mencoretkan sebuah kisah yang bertajuk seperti di atas, dan cerita ini adalah berkaitan dengan perkara disekeliling aku sejak 2 menjak nie.. Ramai juga yang ditimpa kesusahan dan dugaan dari Allah, tapi kebanyakkan nye menrima dengan kekesalan @ lebih dengan erti kata mengeluh. Aku sebenarnya tak la suka sangat orang-orang yang mengeluh dengan kesusahan yang diterima. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan kita seharusnya berusaha untuk meneruskan kehidupan. Ini tidak!!!! kesal dan mengeluh diatas kejadian.
Sebenarnya aku dapat rasakan yang mereka ini semuanya dah biasa dengan kesenangan hidup serta kekayaan hidup, contohnya :
1) Mewah dengan makanan yang sedap-sedap seperti ayam, daging, dan segalanya termasuk KFC, MacD, dll.
2) Senang dengan duit, nak beli ape je semua dapat, jam mahal, kasut mahal, baju mahal, komputer mahal, dan segala peralatan yang mewah2.
3) Mempunyai kenderaan yang besar dan mewah, BMW, PAJERO, DUCATI, INSPIRA dll.
Semuanya hidup dengan senang-lenag mintak ape je dapat, cukup bertuah aku rasa kalau aku dapat semua diatas tak mengeluarkan sedikit duit pun. Untungnye hidup didunia dengan kemewahan. Aku terpanggil balik nak menceritakan suasana kampung aku :-
| ( ini rumah aku masa aku kecil-kecil dulu ) |
Pernah ke kau terfikir satu hari nanti kau akan duduk dirumah sebegini? mesti korang tak sanggupkan? sebab sebelum ini korang duduk dirumah mewah, berhawa dingin, berlantaikan mar-mar, berbumbungkan syiling, bertahtakan pintu kayu berlian.
![]() |
| ( ini telaga yang aku gunakan masa aku kecil-kecil dulu ) |
Sanggup ke nak mandi pakai air telaga? yang sejuk kat luar rumah, dulu sebelum telaga nie di ubah suai mane ada kelubung simen tu, pakai tanah jeee.. keliling telaga nie pun dihadang pakai atap rumbia je tak pun daun kelapa dianyam. Berani ke malam malam mandi kat telaga ni yang tak ada bumbung? Selumber je tak hairan pun aku pakai.
Tak hairan pun tak mengeluh pun aku pakai telaga nie sampai sekarang.. masih digunakan, air telaga nie punyala jernih, tak kering-kering sampai hari nie.
![]() |
| ( Satu-satunya tandas yang ada di rumah kampung aku ) |
Berani ke nak buang air kat tandas aku nie, nak pakai tandas aku nie semuanya manual, air kena bawak sendiri dari telaga tadi kalau dalam tempayan dalam tandas tak ada air, selalunya kena bawak sendiri satu baldi, nak beristinjak nanti tak cukup nak flush manual. hahahahaha... gelak gelak juga tapi kalau korang ditempat aku baru korang tau bertapa susahnya aku, dan aku cukup bersyukur dengan apa yang ada dan tak mengeluh pun.
Aku hairan kenapa orang-orang yang hidup dengan kesenangan ini tak sanggup nak berdepan dengan sedikit kesusahan, kekadang kesusahannya adalah sikit je.. Cth nya :-
1) Tiada wang yang mencukupi untuk berbelanja sehingga hujung bulan, ape salahnya berjimat cermat, makan sekadar ikan bilis goreng dan kicap? tak salah kan?
2) Tiada tandas yang lain selain tandas aku di kampung tadi, kenapa perlu tahan dan sanggup pergi cari stesen minyak yang berada jauh di pekan hanya untuk membuang hajat? bukan ada orang kacau pun!!!
3) Kenapa tak sanggup berjalan kaki sejauh 3 kilometer kerana ketiadaan kenderaan, padahal tak jauh pun dari rumah, kan berjalan itu akan membawa kepada kesihatan, nak naik taxi jugak yang menelan belanja RM8.
Ini semua kerana takut kepada kesusahan, baru sikit je susah dah menyumpah, maki hamun, marah orang lain kerana tak dapat nak membantu, semua itu kan kita boleh selesaikan dengan mudah. tak mati la jika kita berusaha sedikit untuk mencapai kejayaan. aku kekadang tak tahu nak cakap ape, itu la dah kaya lupa yang kaya itu adalah salah satu dugaan dari Allah, dan jika kekayaan itu ditarik balik, maka haruslah bertafakur dan berdoa, bukannya menyumpah dan maki hamun. Allah itu maha adil dan saksama, jika diberi sesuatu musibah pada diri, maka berfikirlah apa kesalahan yang kamu telah lakukan dibumi Allah ini.
Wallahhualam... Sekian dari Arjunakirana..
(Allah itu maha mengetahui segalanya amin....)


teringat aku time kecik2 mndi telaga..
ReplyDeletejamban di luar..kira2 50m gak dri umah..
kalu time mlm prut meragam terpaksa la than.. hehe..
hehehe... penakut rupenye.. bedal je laaa.. kekadang tandas ada 1 tapi yang nak guna punyala ramai, lagi2 time raya.. jadi aku peduli hape.. sungai belakang rumah pun belasah jee.. bawak ubat nyamuk dan lampu suluh.. atas titi je melepas hahahah layannnn..
ReplyDeletebg dorg yg x brsyukur tu, cuba bg dorg sehari rse ape yg black moon rse dlu...mst tros insaf...klo x insaf jgk, benam aje dlm telaga tu...
ReplyDeletehahahaha... tak la sampai nak buat mcm tu.. cukup sekadar beringat sudah, jika kita susah, ingat yg ada lagi susah dari kita.. dan cukup dengan bersyukur :D
ReplyDeletex prnh mndi air telaga...mkn pegaga prnh lerrr..
ReplyDeleteMakan pegaga semua org boleh makan, dekat pasar borong selayang belambak... hahaha.. lain laa duduk bandar dan kampung :|
ReplyDeleteye, ye,...ade kmpung idup mmng besttt...=/
ReplyDeletememang best :D rindu kat pondok seperindu
ReplyDelete