Pertama kalinya pandangan dan pendapat aku diluahkan dihadapan golongan-golongan DEKAN, DR, PROF dan EN, dengan memberikan cadangan supaya penyelarasan dilakukan untuk memudahkan serta melancarkan sistem. Akan tetapi siapalah aku hanya sebagai seorang pelajar untuk berkata sedemikian, apabila pandangan aku dibangkang oleh penyelaras aku sendiri yang tidak mahu menerima pandangan orang lain. EGO kerana PANGKAT dan DARJAT.
Maka tertulislah warkah dibawah untuk memohon maaf diatas perkara tersebut :
Asalalammualaikum
Puan,
Terlebih dahulu saya memohon maaf banyak-banyak diatas perkara tadi.
Saya amat rasa bersalah diatas perkara tadi dan saya tak sepatutnya bertanyakan perkara tersebut di waktu itu, dan saya amat kesal diatas perbuatan saya tadi dan tidak akan mengulangi perkara tersebut di masa akan datang. Mohon maaf beribu-ribu ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Sebenarnya sehingga ke hari ini, perkara berkenaan pengecualian kredit ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar ***** sendiri disebabkan tiada garis panduan khusus berhubung perkara ini. Adalah lebih jelas sekiranya Puan dapat menggariskan dalam keadaan bagaimana pengecualian kredit dapat diberikan, contohnya jika berdasarkan gred matapelajaran lepas yang telah diambil, gred berapakah yang layak untuk mendapat pertimbangan dan begitu juga sebaliknya. Dengan ini tentu dapat menjelaskan pertikaian berhubung perkara ini pada masa sekarang dan juga masa akan datang.
Selama ini, apa yang saya dan kebanyakan pelajar ***** faham ialah setiap pelajar yang mengambil Ijazah Pertama di ******** ini akan mendapat pengecualian kredit untuk setiap matapelajaran setara yang telah diambil di peringkat sebelumnya. Tetapi tidaklah dijelaskan bahawa pengecualian ini hanyalah diberi berdasarkan kepada gred yang diperolehi pada masa lalu. Ini menyebabkan timbulnya salah faham apabila pelajar-pelajar dari bidang yang sama di peringkat Diploma memperolehi pengecualian kredit yang berbeza-beza. Saya percaya sekiranya perkara ini dapat dijelaskan di peringkat awal kemasukan, tentunya salah faham berhubung perkara ini dapat diatasi.
Bagi maklumat puan, bukan saya sahaja yang mempunyai kekeliruan pada perkara ini, akan tetapi ada juga sebilangan pelajar yang mempunyai masalah yang sama, akan tetapi mungkin pelajar tersebuat tidak mahu mengutarakan perkara tersebut dan terima seadanya atau ia menganggap perkara kecil dan hanya bercerita diluar pengetahuan puan. Akan tetapi bagi saya ia mungkin akan menjadi masalah yang sentiasa tiada jalan penyelesaian sampai bila-bila.
Puan, saya amat bersyukur sangat-sangat kerana setiap apa yang diutarakan oleh pihak kami, diambil tindakan dengan sewajarnya oleh pihak puan, terima kasih banyak-banyak contohnya permohonan pada subjek design ditukarkan jadual pada hari ahad, dengan tindakan ini ia amat memberikan kesan yang drastic dan amat baik kepada semua pelajar-pelajar space untuk membahagikan masa dengan kerja dan belajar . Tahniah diucapkan.
Oleh yang sedemikian, saya berpendapat perkara ini dapat diselesaikan jika adanya keselarasan bagi pengecualian kredit untuk setiap pelajar. Mungkin tiada lagi kekeliruan dan kemungkinan berlaku kesilapan di masa akan datang juga dapat dielakkan. Dan ia juga dapat menjadi rujukan untuk semua pelajar-pelajar yang akan datang.
Ape-ape pun saya mohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki diatas perkara tersebut andai ianya benar-benar menyinggung perasaan Puan. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kredibiliti Puan di hadapan pensyarah yang lain cuma saya akui saya memilih waktu yang salah untuk mengutarakan perkara tersebut. Diharap dengan penjelasan ini, Puan tidak lagi berkecil hati dan salah faham terhadap kejadian tadi. Sesungguhnya saya amat menghormati Puan dan tidak sekali-kali berniat untuk membuatkan Puan merasa kecewa.
Sekian terima kasih,

KALAU DIINGATKAN SEMUALA SAKIT HATI GAGAGAGA :P
ReplyDelete