Asalammualaikum rakan-rakan ku yang cool....
Kali ini aku nak mencoretkan kata-kata hati yang selama ini diimpi-impikan oleh aku dan mungkin ada juga dikalangan rakan-rakan lain... Ada tak sesiapa pernah tengok cerita "CROWS ZERO" kalau pernah tengok mesti kagum dan perghhh... cool deeeeee... aku teringin nak jadi "COOL" macam geng-geng dalam cerita nie... layannn deeeee...
Dengan gaya fesyen dia yang ala - ala selekeh gitu tapi tetap smart.. betul la kata orang... kata orang tau bukan aku!!!!... benar kata orang fesyen jepun adalah yang paling update dan sempoi.. tengok la fesyen-fesyen yang diterapkan didalam cerita anime anime jepun.. semua dah di pakai pada pakaian harian dia orang... layan deee.. out of standing.. tapi kalau pakaian wanita aku tak berapa suka laaa... tau tau je laaaa pakaian dia org tu ......ttttttttteeeeettttttt.... 18sx deeeee... oh tidak!!!!!!!!!
Tengok la tuuu... best gile, tu sebab kalau ada je BUNDEL BARANG-BARANG JEPUN aku terjah jeee... hahahaha... baru baru nie aku pergi sabah TAWAU ada bundel barang-barang jepun deee... tapi dah tinggal barang-barang yang tak best... adeiii... jadi aku try la cari yang ala-ala japang... hehehe... jadi laaa... nak jadi cool bukan senang deeee... tak cuba tak tahu.. :D
Buat masa sekarang aku dah mula menghimpunkan baju-baju seluar kasut yang up to date mengikut gaya terkini... aku cuba tau.. jangan kata aku tak cuba!!! ini adalah hasil daripada usaha untuk meningkatkan daya kekemasan aku yang selama ini tak la nak berapa kemas.. aka dari segi pakaian laaa... selekeh gitu2.. hehehe kena la dengan perwatakkan aku yang "FUNNY" orang kata aku seorang penghibur jalanan.. tak kesah laaaaa... yang penting kawan-kawan bahagia... tapi kebanyakan aku bergaul dengan geng-geng aku je laaaa... klu bergaul dengan perempuan nie mane suka lawak-lawak bodoh... yang dia orang nak tengok adalah seorang lelaki yang best jeee... eleh "POYO JE LAKI-LAKI" yang macam tu... tak "ORI" bermuka-muka depan perempuan.. konon "COOL" eceh... [getik teman] cakap orang perak laaaa... hehehehe :D
Perghhhh... bila laaaa aku nak jadi cool macam SERIZAWA & GENJI nieee... aku kagum dengan COOL ko orang berdua... good luck SERIZAWA & GENJI.
RENUNGAN BERSAMA :
Larangan Menyombong Diri
Hadith: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda, Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan.
Huraian Hadith:
1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.




Comments
Post a Comment
orang aje hehehe