Skip to main content

Sedih & Pilu

Assalammualaikum...
salam sejahtera semua... kali ini aku cukup lah berat hati nak menceritakan kisah-kisah ini yang dimana-mana pun terjadi perkara sebegini rupa... tapi aku tetap berusaha dan terus berusaha untuk meneruskan program ini... tak rasa sesal tak rasa bosan dan tak rasa nak mengundur diri.

Akan tetapi aku akan berasa sedih dan pilu. Bila program sebegini rupa selalu disingkir-singkirkan dan diperkecil-kecilkan.. timbul la pertanyaan didalam hati sanubari ku....
Kenapa? kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?
Dan sebenarnya aku amat terharu dengan keadaan sebegini rupa yang tak mampu aku nak perkatakan. Bila dijemput ada saja alasan, dan masalah yang perlu menjadi tajuk utama. Aku tak mampu Ya-Allah untuk menahan dugaan dari mu yang aku terima dari sahabat-sahabat aku sendiri. Kenapa! adakah aku begitu naif untuk mengajak sahabat-sahabat aku untuk beramal ibadah. Ape salahnya dalam 15minit kita luangkan sedikit masa untuk bekalan akhirat?
Subhanallah..... maafkan aku sahabat :( aku tidak mengajak kamu kepada kejahatan bahkan aku mengajak kamu pada jalan kebaikan dan aku akan terima tomahan disebalik kejadian... aku bersabar jua akhirnya... Ya Allah tetapkanlah iman ku


Akan tetapi segala usaha dan kesungguhan aku ini terdapat juga yang sanggup mengikuti program ini ALHAMDULILLAH kerana Allah memberikan kamu hidayah dan terpilih untuk mengikuti program ilmu. Nescaya barang sesiapa yang menghadiri majlis-majlis ilmu kerana Allah ia akan mendapat ganjaran dari Allah yang tidak terhingga aku juga mendoakan mudah mudahan kamu dicucuri rahmat.
Alhamdulillah....

RENUNGAN BERSAMA

Jom ke Masjid !

Hadith:
Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik. Dia menjawab:Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku. Sabda Rasulullah SAW :Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.

Huraian Hadith:
Begitu indah ˜panggilan Allah' sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid).
Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita. Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana.
Namun kelazimannya manusia sentiasa tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid.
Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah.
Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah selain mendirikannya di rumah secara sendirian ataupun bersama keluarga!

Comments

  1. benda yang baik, elok la diteruskan...

    ReplyDelete
  2. Ye akan ku teruskan, semakin hari semakin berkurangan, mujurlah ada seorang dua insan yang sudi bersama-sama meneruskan :(

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Hyperthyroidism Benar Boleh Berlaku Kepada Kaum Adam

  Assalammualaikum semua... sorry guys baru baru nie aku terbaca satu komen yang dah lama dah... 3 4 tahun lepas dia komen... hahahaha baru sekarang aku baca dan teliti... dia tanya berkenaan dengan kesihatan aku yang sebelum ini... so sekarang baru aku nak menjawab lah soalam daripada beliau... maaf yer... tahun 2022 baru nak cerita kan... wakakakak wakanda... (NAK BACA INFO TENTANG THYRIOD SEBENAR SILA BACA LINK OK) Bermula lah ceritanya sebegini... Pengalaman aku lah kan... aku nak cerita la nie... sabar nak ingat semula detik detik kecemasan... 2014 kerja sangat stress dan penat bila duduk di tapak bina CAMERON HIGHLANDS PAHANG, cuaca sejuk panas, dengan ketekunan kerjaya baru.. best juga duduk site banyak pengalaman yang dipelajari... tak silap aku dah cerita dah.. so sampai lah satu ketika keadaan badan aku kurang menyenangkan... terasa semacam.. Symptoms yang kena kat aku :  Pic semasa sakit (SAKIT PERUT MUNTAH-MUNTAH) *Tak selera makan langsung (TAK BOLEH TIDUR LENA) *...