Black Moon (Bulan Hitam)
Assalammualaikum.. semua sahabat-sahabat aku.. hari ini aku nak cerita tentang kereta SATRIA NEO aku yang dah dekat 3 tahun aku tak pernah nak sembang pasal kereta kesayangan aku nie.. bukan ape malas nak kecoh2 hehehe... tapi kali ini aku nak cerita disebabkan kereta aku ni dah melangkaui jangkaan aku kerana kelajuannye mencecah sehingga 200+-km/jam dijalan lebuhraya MEX Putrajaya..
Perghhhhh... aku pun tak pernah nak bawak sampai mencecah 200+-km/jam..yang paling laju pun 180km/jam lebuhraya Utara Selatan. Yang bawa kereta aku nie kawan aku seorang lagi.. just nak try power sebab dah pasang Absorber GAB & Strud Bar depan belakang hahahaha... masa aku beli tu murah je sebab ada promosi kat PWTC.
Hasilnye inilah keadaan kereta aku sebenarnya.. tapi sekarang dah tukar rim goldHaaaa... lupa nak bagi tahu yang kereta aku nie hanya untuk 2 > 4 orang sahaja... hahaha kedekut la katakan.. tp klu yang kurus-kurus tu ok la.. eh kang terasa plk yang besar2 nie... ala jangan le kecil hati.. bukan ape klu mengikut pengalaman aku.. ada member aku yang agak besar badannya.. aku bawak jenjalan sampai ke ipoh.. rupe-rupenya dia sakit segala pinggang.. kesian dooo... seminggu pegi mengurut. itu la yang aku tak nak bagi pada mereka yang berbadan besar nie. ada sebabnya :D
Lebih selesa dan tak memudaratkan orang lain.. lagi pun just nak digunakan sebagai kenderaan aku untuk pergi kerja dan balik kerja sahaja :D
RENUNGAN BERSAMA
Kesan Istighfar
Riwayat: Riwayat Abu Daud
Riwayat: Riwayat Abu Daud
Hadith:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
Huraian Hadith:
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

fuyyyo! canggih kereta bro!
ReplyDeletepergi kerja nek gerek la, bru ade gaya..
Hahahaha.. bukan selalu naik pun.. beli dah 3thn mileage baru 33ribu+++ sekadar nak bawak bila kerja luar dari KL jee.. dan mengikut keperluan.. tp dah sampai JB > Pahang > ok :D
ReplyDelete