Assalammualaikum...
Adeiiii... "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan" ini la kata pepatah melayu... maksudnye memandangkan aku dah sampai ketempat yang dituju ape salahnya sambil berhibur... erkkk.. pertama kalinya meluncur di atas ais batu deeeee... tapi aku ni jenis yang suka perkara baru dan suka sangat nak mencuba.. jadi tak hairan la.. aku jejakkan kaki aku kat tempat nie... layannn deeeee...
Pertama-tama kalinya aku menjejak kaki je atas lantai ais nieee... Subhanallah licin nyeee.. hahaha.. kat luar poyo je jalan2.. dah masuk baru tau macam mana rasanya.. klu semangat tak kuat, kaki tak kuat jangan harap la jejak kaki kat dalam niee.. dah berapa org cedera ketika jejak masuk kat dalam benda nie.. "PEGANG JE LA DINDING TU BRO" hahaha dengar suara suara sumbang kat luar.. lantak r aku peduli hape.. tak cuba tak tahu.. "PEKAK KAN TELINGA JE"
Setelah 2kali keliling dinding aku pusing hahaha... sekali mcm tok nenek deeee... lantak la!!!!.. lama lama aku semakin berani lepaskan tangan... yes yes yes cayalah.. ketar ketar gak nak imbangkan badan... bagai gerak geri JOHAN RAJA LAWAK DALAM CERITA MAK LIMAH SOLLEY SOLLEY jadinya hahahahah mmg lawak... janji aku dah boleh imbangkan badan.. dalam takut gak tuuu... heheheh layan je laaa.. pengalaman baru katakan.. boleh senyum lagi :D
Bila dah dapat step... siap la korang semua... yes yes yes aku berjaya... sejam berlalu aku dah boleh gayakan kaki aku deee... zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... meluncur laju deeeeeee... 2km/jam hahaha... laju gak tuuu... hehehehe... jgn ketawakan aku laaaaa.... kan baru belajar :D
Lama-lama nanti boleh la nak hebat.. kena selalu main la deeeee... 2jam berlalu aku pun rasa dah lenguh2... tapi jangan ingat aku tak jatuh... 3 kali aku GEDEBAB MCM NANGKA DEEEEEE... hahaha tp tak la jatuh macam anak cina tuuu... belagak sangat nahhhh.. rasakan TERLENTANG TERBARING... kih kih kih... aku biasa je janji selamat tak la luka-luka pun biasa biasa jeee... tapi kaki sakit gak laa sbb kena kuat kaki klu nak main benda nie... hehehehe...
Dan penat duduk luar jap. Pas tu sambung lagiiii... sampai puas berpeluh peluh deee.. tak caya cuba laaaa... kalah peluh dia dari main badminton.. tu sbb tak reti main klu dah reti tak kot.. :D layan je laaaa
Sambil-sambil tu redah la pulak main game kat luar.. sebenarnya nak keringkan seluar yang basah disebabkan jatuh kat dalam tu... ekekekekekeke... sejuk ooo kena air ais... lalalalalalalalalal
Sekian la cerita aku di hujung minggu lepas... ok la seronok seronok semasa cuti sekolah.. aku pun masa nie kelas tak da.. best laaa.. sekali sekala buang duit untuk hiburan kita tak salah kan :D... klu ada sape2 yang nak belanja g main iceskating ajak la aku ek.. belanja sekali laaaaa...
ok salam adios dari BLACK MOON aka ARJUNAKIRANA.
RENUNGAN BERSAMA
Islam Bersifat Terbuka
Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim
Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan kamu sendiri.
Huraian Hadith: 1. Islam adalah agama yang mudah dan ia memberikan kebebasan kepada umatnya untuk mengeluarkan pendapat terutama dalam urusan yang menyentuh hal keduniaan seperti dasar peperangan, urusan pentadbiran, pertanian, perekonomian dan sebagainya.
2. Berfikiran terbuka akan membolehkan kita mudah diterima oleh orang lain dan ini akan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain apalagi jika sikap ini dimilki oleh seorang pemimpin dengan rakyatnya.
3. Dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat, setiap individu hendaklah mengamalkan sikap berani kerana benar iaitu sesiapa yang melihat berlakunya penyimpangan dari perkara yang sebenarnya maka hendaklah ditegur dan dinasihati dengan cara yang baik. Manakala orang yang ditegur itu pula mestilah bersikap terbuka untuk menerima kenyataan dan memperbaikinya demi untuk kebaikan semua pihak.







Jom meluncur laju laju hahahaha... layannnn zzzzzz... boleh bah kalau kau :D
ReplyDelete