Assalammualakum... semua..
tajuk kali ini aku nak ceritakan pasal BODY TO BODY... hahahaha.. lawak kan.. ini just propa jee.. cuma aku nak ceritakan pasal saiz badan yang setiap orang mempunyai perbezaannya.. ada yang kurus, ada yang gemuk dan ada yang sederhana...
OBESITY
Mengikut kajian antara bangsa, pada zaman ini ramai yang berbadan gemuk atau lebih mulia dipanggil "OBESITY". kalau dah diketegorikan "OBES" semua orang nak marah.. cakap tak baik la kata orang OBES.. dan macam macam lagi kena tergur.. kekadang bagi mereka yang berbadan besar ini bukanlah kehendak mereka.. ada juga yang berbadan besar ini adalah disebabkan penyakit @ keturunan.. tak kira la ape pun yang pasti mesti ada sebabnya.. tapi didalam fikiran mereka ini mesti nak kata macam mane nak kurus nieeeee!!!!... alaaaa... sekali sekala ape salahnya makan nasik lemak 5 bungkus Erkkkkkkk.....
KURUS KERING
Ada juga yang mempunyai badan yang kurus kering.. kalau dipandang sekali macam tiang laaa.. ini pun mesti kena marah.. ape la kamu nie asik cakap orang jee.. adeiiii salah juga.. aku cuma terfikir ada satu kajian yang menyatakan bahawa orang yang kurus kering ini sebenarnya bukan tak nak gemuk tapi mereka ini mempunya masalah "METABOLISMA TINGGI" lalah bak kata orang-orang.. makan le banyak mane pun!!!! tak gemuknye.. betul juga... masalah betul semua nye salah.. itu la manusia mane ada yang sempurna... bagi mereka ini didalam fikiran macam mane la nak gemuk nieeee... hhahahaha... lawak lawak lawak...
[ini lagi korang kenal sudah tentu cek mek kelate kite kuruskan]
SEDERHANA
Bagi mereka yang mempunyai badan yang beserderhana.. alangkah beruntungnya ada badan macam aku niee..... wah wah wah... seronok yeeee!!!! kalau tak pandai jaga akan membesar juga akhirnya... mereka yang ada badan bersaiz sederhana ni selalunya agak bergaya dan beruntung segala pakaian mereka boleh pakai.. seronok la ye!!!!... biasa la kalau nak g mane2 pun orang tak kesah sangat berbanding mereka mereka yang berada di atas... seronokkan ada badan yang sebegini rupa... bagus laaa.. jaga la elok-elok.. nanti dah kawin... badan tak naik.. PERUT pulak yang membonjol.. adeiiii buruk nyeee....!!!!! tidakkkkk... lebih baik gemuk dari kurus berperut buncit hahahaha...

[ini aku tak kenal tapi boleh la jadi contoh hehehe]
Kesimpulannya... jagalah pemakanan dan seimbangkanlah dengan senaman yang berkala.... untuk mendapatkan rupabentuk badan yang seimbang dan sempurna... PENYAKIT TIADA HATI PUN SENANG
Jadi ape kata kita teruskan usaha kita untuk menjadi yang terbaik untuk diri kita keluarga dan sahabat sahabat semua....
RENUNGAN BERSAMA
Beradab Ketika Minum
Riwayat: (at-Tirmidzi)
Hadith:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.
Huraian Hadith:
1. Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.
2. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.
3. Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.

perkongsian yang bagus disertakan hadis Rasulullah saw.. moga kita dpat mngikut sunnah Rasulullah saw.. :)
ReplyDeleteTerima kasih... nak berkongsi dgn semua.. ape yg kita buat itu semuanya berbalik kepada ajarannya.. jadi rujukkan dan panduan untuk semua.. :O
ReplyDelete