Skip to main content

Kampung Ku

[rumah aku yang sebenar di bina pada 1997 > 2011]

[hasil titik peluh untuk aku hidup]

[rumah aku yg baru]

[suasana senja di rumah baru aku]

[kenal ke? bilik ilmu yg sempoi]

[satu-satunya peninggalan arwah yg aku uruskan hingga kini]
[dah berhasil pun tanaman dusun aku]

[sungai belakang rumah dulu aku mandi]
[hasil terbaru 2006 > 2011]
[bila dapat rasa sendiri hasil dari titik peluh]



[nyum-nyum hingga menjilat jari]
[ini lah telaga yg selalu aku mandi smpi sekarang masih diguna]
Black Moon [Bulan Hitam]
Sebenarnya aku nak cerita pasal kampung ku yang indah.. tp aku rasa cukup kot setakat gambar yang aku post ni.. kira kad ok la ek..
RENUNGAN
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.
ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.
iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firman-Nya dalam ayat 1-2 surah al-Ma'un yang bermaksud : Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !

Comments

  1. bestnyer ade kampung...boleh berkebun!

    ReplyDelete
  2. Cik suke suasana kampung.. nanti boleh r tlg kait buah koko hehehe :D

    ReplyDelete
  3. koko je ke...tlong kutip doyan pon lg cik suka..heehe =p

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. kampung saya insyaallah semua ada.. cuma x sempat je nak buat.. klu balik kg mmg x cukup rasanya kalu 4 hari.. kalau di bagi cuti setahun baru cukup kot.. durian setahun sekali jee.. kutip getah buku nak? :D

    ReplyDelete
  5. wooo...cam best je...cik ni dah la x prnah kutip getah buku, kutip doyan pon x prnah, ape lg la nk petik koko..petik kt pasar je selaluu..heee =}

    ReplyDelete
  6. Adeiii.. semua tu mana ada dekat pasar cik oiii.. benda tu RARE tau.. kat kampung je yang ada.. kutip buah pinang, koko, kelapa, sawit, durian ,rambutan, ooo pokok salak pun ada tapi x menjadi sbb tak da buah.. so nak tebang je laa.. petai pun ada.. oiiii.. best2

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Hyperthyroidism Benar Boleh Berlaku Kepada Kaum Adam

  Assalammualaikum semua... sorry guys baru baru nie aku terbaca satu komen yang dah lama dah... 3 4 tahun lepas dia komen... hahahaha baru sekarang aku baca dan teliti... dia tanya berkenaan dengan kesihatan aku yang sebelum ini... so sekarang baru aku nak menjawab lah soalam daripada beliau... maaf yer... tahun 2022 baru nak cerita kan... wakakakak wakanda... (NAK BACA INFO TENTANG THYRIOD SEBENAR SILA BACA LINK OK) Bermula lah ceritanya sebegini... Pengalaman aku lah kan... aku nak cerita la nie... sabar nak ingat semula detik detik kecemasan... 2014 kerja sangat stress dan penat bila duduk di tapak bina CAMERON HIGHLANDS PAHANG, cuaca sejuk panas, dengan ketekunan kerjaya baru.. best juga duduk site banyak pengalaman yang dipelajari... tak silap aku dah cerita dah.. so sampai lah satu ketika keadaan badan aku kurang menyenangkan... terasa semacam.. Symptoms yang kena kat aku :  Pic semasa sakit (SAKIT PERUT MUNTAH-MUNTAH) *Tak selera makan langsung (TAK BOLEH TIDUR LENA) *...