Assalammualaikum....
salam sejahtera dari Black Moon orang melayu kata Bulan Hitam.. maksud nama aku ape boleh buat terima je laaa... janji sihat :D aku nak cerita sikit jeee.. nak baca baca laaa..
Lanscape-landscape tak habis-habis dengan landscape, ape boleh buat dah nak masuk 6 tahun asik dengan pokok jee.. orang kata bergelumang dengan pokok-pokok.. ini klu tak silap boleh dikatakan orang hutan hahaha.. tapi tak tahu laaa dah minat kot dengan pokok-pokok semula jadi nie.. baru la sihat :D.. boleh la nak hidup katakan.
Bermain dengan pokok-pokok ni aku rasa tenang dan aman pokoknya aku suka.. indon la pulak.. hentam sajalah janji rock..pokok mesti cantik dan segar klu tak segar pun cantik juga sbb dia pun hidup juga.. nak diceritakan kat rumah aku tak la cantik mcm dalam gambar yang aku ambik nie, walau aku yang buat tp duitnya kerajaan yang tanggung.. klu kat rumah aku yang tanggung so buat ala kadar je laa..
kat rumah aku tanam pokok-pokok herba je, macam pokok cili padi, pokok kari, pokok serai, pokok kunyit, pokok sirih, nanti nak tanam pokok ali laaa hahahaha.. allllaaa pokok ali tuuu :D
pas tu nak tanam ape ye.. tanam orang la pulak hahaha.. main-main jeee.. dah banyak projek aku buat semuanya cantik-cantik belaka.. bila la aku nak buat kat rumah aku nanti.. itu pun klu ada rezki laaa.. rumah pun tak de dah nak berangan nak buat landskap.. duduk kat hutan la lagi bagus hehehe.. itu la yang dinamakan orang hutan.. ok laaaa sampai disini sahaja nak cerita pasal bidang kerja aku.. cantikkan.. memelihara alam semula jadi.. :D
RENUNGAN
Sumber Yang Haram
Riwayat: (Muslim)
Riwayat: (Muslim)
Hadith:
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.
Huraian Hadith:
Mu'amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ). Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus. Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.
sejak dpat jiran bru kt bawah rumah, tanah kat bwah dihias dengan jagung, terung, serai, bendi, cili api, tebu, boncis...best2!
ReplyDeletewahhhh... ok la landscape edible..tp org la yg tanam bukan marikh hauhauhau :D
ReplyDeletetanah kat marikh tak sesui untuk tumbuhan lerr...=p
ReplyDeleteye leee... sampai pun tak pernah lagi.. huehuheuheuh..
ReplyDelete