Black Moon (Bulan Hitam)
Cerita ini sungguh menyentuh hati aku, mula-mula tengok adegan awal memang menyampah, tapi itu realiti zaman sekarang, yang aku sendiri tidak suka sama sekali. Tetapi bila sah sampai suku cerita aku tersentak... pergh... ayat-ayat yang SHUHADA keluarkan macam kena je dengan aku... cisssss... SENTAP ooooooo.... nak tahu tengok la sendiri ye...

"Kalau kita bersahabat, terapkanlah nilai-nilai murni pada sahabat! itulah sahabat yang sebenar"
"Allah tidak memandang pada rupa dan kekayaannya, tetapi ia pandang pada hati dan amalannya"
"Jodoh : 3 jenis jodoh,
"Pertama : Jodoh dari syaitan" (Berkahwin selepas melakukan zina)
"Kedua : Jodoh dari jin" (Berkahwin kerana bomoh)
"Ketiga : Jodoh dari ALLAH" (Berkahwin kerana cinta antara kedua-duanya dengan secara sah)
Sebenarnye petikan ayat ini aku ambik dari cerita "SYURGA CINTA" banyak ayat-ayat yang boleh kita gunakan sebagai panduan yang baik untuk semua.
Lagi satu sebab ialah cerita ini aku tengok dekat wayang sempena nak menyambut hari kelahiran aku. Walaupun aku pegi sorang-sorang aku cukup berpuas hati dengan cerita ini. Sejak itulah aku mengenang semula perkara-perkara lama yang sebelum ini aku lakukan. Sungguh menyakitkan hati dan pedih bila mengenangkannye. Ape-ape pun syukur alhamdulillah aku akan berubah dan berubah serta telah pun berubah demi mu ALLAH
RENUNGAN BERSAMA
Dari Sa’ad bin Abi Waqas r.a katanya:”Rasulullah SAW pernah melarang ‘Usman bin Mazh’un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.”
Huraian :
Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik. Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) ataupun gelaran bujang terlajak (bagi lelaki). Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi ini. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin. Katanya; ’Mahu kahwin tapi tiada jodoh’ atau ‘mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran terlalu mahal’ atau ‘takut hendak berkahwin bimbang didera atau dianiaya’.

Ini merupakan antara jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan. Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata hanya untuk tujuan seks semata.
Justeru ramai yang memilih jalan salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal. Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina, lesbian dan homoseks yang menghalalkan perhubungan seks secara bebas. Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat bahkan penyakit ini sudah menular pula kepada anak-anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan.
Kemunculan bahan-bahan lucah di sana sini pula makin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan. Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat kita sekarang? Pada zaman Rasulullah SAW, perkahwinan mahu dielak kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya.
Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia. Justeru, sama ada berkahwin ataupun tidak, apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu!
Comments
Post a Comment
orang aje hehehe