
KESAL + GERAM
Aku geram dan kesal tahap "GORGON" mane tak nye... Stokin aku baru beli di "Sock World" yang disayang-sayang kena buang!!!!!... mane tak geram... pulak tu sebelah je yang dibuang sebelah lagi kenapa tak nak ambik buang sekali... arghhhhhhh... melampau tul rrrr..."(sambil gosok-gosok dada)" sabar aswad..sabar yeee...SABAR.... aku sampai tahap 99.9% tak sabar sebenarnye, terpaksa luahkan kat FB dan BLOGGER... terpaksa laaa... tapi tak la sampai nak marah-marah orang lain...
Marah aku ni sampai dah tak tertahan-tahan ada sebabnya, petang semalam aku balik rumah sambil senyum sengeh-sengeh dengan gembiranya menunggang motor, sampai je rumah ada la seorang hamba Allah ni pun sampai sama waktu dengan aku di sekitar rumah. Aku senyum tanda gembira dan senang, tetiba dia balas dengan gaya tak disangka menunjukkan jari tengah kat aku, ape salah aku? sampai nak tunjuk jari tengah kat aku? 2 kali fikir alaaaaa kawan-kawan biasa laaaa.. kira selesai masalah, 0-0 tak nak gaduh-gaduh.. lupakan saja. tak luka punnnn :D
Lepas tu aku ni suka bercucuk tanam, pantang ada tanah kosong mula menggatal nak tanam pokok-pokok, depan umah aku ada tanam "pokok daun kari" ada la tinggi 3>4 kaki gitu... "kena cantas la pulak dengan orang yang mesin rumput... "Buta ke hape" (dalam hati je laaa) Hangin satu badan.. tapi boleh bersabar "(Sambil mengosok-gosok dada kali pertamanya) sakit hati ooo... BOLEH KENA SAKIT JANTUNG...so aku senyum jeeeee :D
AKIDAH Akhlak
"Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia"
Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim
Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Walaubagaimanapun aku tetap tidak akan marah dan cuba berbuat baik kepada sesiapa sahaja, mahupun manusia dan haiwan serta hidupan lain, kerana menghormati semua kejadian Allah adalah amalan yang baik. "Renung-renungkan : Jika kita berbuat baik pada sesiapa sahaja nescaya kita akan dibalas dengan baik dan jika sebaliknya itu adalah merupakan dugaan dan pahala menanti kita jika kita bersabar menghadapinya"

Comments
Post a Comment
orang aje hehehe