Skip to main content

Destinasi Bajet "Borneo"





Black Moon (Bulan Hitam)

Salam Borneo

Jelajah SABAH ada bezanya, bagi aku sabah adalah tempat yang menarik untuk dijelajahi dan cukup kaya dengan alam semulajadi, sementara aku menjelajah bajet pun kena kira juga, berjimatkatakan nama pun destinasi bajet. Jelajah 4 hari 3 malam agak la tidak mencukupi untuk dijelajahi kesemua tempat cukup la setakat yang mampu. Selama bercuti aku dan keluarga sempat juga membeli belah, yang paling gembira mak cik aku, satu beg dia beli MUTIARA, " ADEI PENAT MENEMANNYE" naik bengkak kaki oooo... tapi tak pe aku suke meneman dan sabar menanti.. dulu arwah mak pun suke gak beli dan belah, tapi aku tak bosan meneman. Bak kata pepatah "Alah Bisa Tegal Biasa" so aku ni dah mcm bisa laaaa... hehehe. Sementara itu juga diselang seli dengan perjalanan yang jauh untuk menikmati alam, diantaranya Destinasi Kaki Gunung Kinabalu, Hot Spring Ranau, Tagal, Dll banyak lagi tempat-tempat yang kami pergi. Selanjutnya akan diceritakan dalam gambar ye... tak larat nak tulis banyak-banyak penat menaip hehehe... itu sahaja dari aku salam sejahtera :D



(Solat musafir)

Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak ta’khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang Zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanannya). “

1. ‘Jamak’ maksudnya ialah “menghimpunkan. ‘Takdim’ pula maksudnya mendahulukan. Manakala Ta’khir’ memberi maksud menangguhkan.
2. Sembahyang fardhu yang dibenarkan untuk dijamakkan adalah :
i. Zohor dengan Asar
ii. Maghrib dengan Isya’
3. Jamak Takdim ialah mengerjakan sembahyang Zohor dan sembahyang Asar pada waktu Zohor. Caranya ialah dengan dikerjakan sembahyang Zohor dua rakaat dan setelah memberi salam diiringi pula dengan sembahyang Asar dua rakaat juga.
4. Jamak Takdim bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula adalah dengan dikerjakan sembahyang Isya’ pada waktu Maghrib. Caranya ialah sembahyang Maghrib tiga rakaat (seperti biasa kerana ia tidak boleh diqasarkan) dan setelah memberi salam diiringi dengan sembahyang Isya’ dua rakaat.
5. Jamak Ta’khir pula ialah dengan mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar pada waktu Asar dan sembahyang Maghrib dan Isya’ pada waktu Isya’. Cara mengerjakannya ialah dengan dilakukan sembahyang Zohor kemudian diiringi dengan Asar demikian juga dengan sembahyang Maghrib dan Isya’.

Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...