(Tapi aku senyum jeeeee hehehehe)
Black Moon (Bulan Hitam)
Bismillahhirahmanirrahim......
Ya Allah aku tahu kamu maha mengerti dan maha mengetahui, mungkinkah ini satu dugaan dan cabaran bagi aku untuk meningkatkan lagi kesabaran dan ketabahan untuk aku lebih beramal dan lebih dekat dengan mu Allah s.w.t. Berikanlah petunjuk dan jalan kepada ku untuk menempuh segala dugaan dan cabaran dari mu ini. Aku hanyalah seorang insan yang hina dan kerdil sekerdil-kerdil manusia.
Ya Allah s.w.t..
Aku akan akan berusaha bersungguh-sungguh demi mu Ya Allah, dan juga beriktikaf dan bertawakal di atas segala perkara yang datang pada ku walaupun buruk dan baiknya aku tetap akan bersyukur demi mu. Segala kesusahan dan kesenangan yang aku terima ini semuanya dari ketentuan mu juga, AKU BERSERAH pada mu Allah.. aminnn
Dugaan Menghapuskan Dosa
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Comments
Post a Comment
orang aje hehehe