Skip to main content

Makanan dan hikmahnya dalam Islam

( Caladium Bicolor )
( Aracea spp ) Keladi Keris
( Caldium Florida Sweet )

( Sweet Honesty )
( Caldium Florida Sweet )

BULAN HITAM (BLACK MOON)

Bismillahhirrahmannirrahim

Hari ini aku nak menceritakan tentang makanan dan hikmahnya dalam islam. Sesungguhnya setiap yang diciptakan oleh Allah S.W.T. ada hikmahnya dan kebaikannya. antara yang aku nak senaraikan adalah seperti berikut untuk amalan semua.

Pemakannan adalah salah satu faktor utama penyebab penyakit didalam tubuh badan manusia. Amalkanlah pemakanan yang sihat dan teratur yang dituntut.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...