BULAN HITAMBismillahir rahmanir rahim...Perkara ini aku perlu meluahkan walaupun tiada apa yang boleh diperlakukan hanya berserah. Perasaan seorang lelaki yang terkubur didalam hati sanubari ini (jangan fikir yg bukan2 ye)
Sebenarnya selepas perginya arwah bonda tercinta selama 7thn, aku amatlah terasa kesunyian tanpanya, kekadang bila aku duduk keseorangan teringatlah detik-detik hidup bersama bonda tercinta, setiap perkara yang dilakukan mesti teringat, susah aku nak melupakan bonda kerana sejak sekian lama dari aku lahir hingga berusia 23th aku tinggal bersama tiada lain selain bonda,
"dialah bapa dialah bonda dialah abang dan dialah kakak" pahit getir hidup bersama, susah payah bersama, sakit pening bersama, segalanya bersama. Aduh terasa nak pergi bersamanya ke alam baru.
Teringat dimasa dahulu, detik-detik yang selalu menitiskan air mata.... ketika aku berumur 8thn
Bonda :
"Reel"(nama aku yg digunakan oleh bonda) hari ini kita makan ikan sardin semalam ye... ada sekor je!
Aku :
"sayur tak de mak?
Bonda:
"kamu pegi cari buah betik yang belum masak dekat belakang rumah tu, nanti mak masak goreng pedas, jangan lupa ambik cili padi sekali ye!
Aku :
"baik....
............................................................................................................................................
Aku :
"mak! makan....
Bonda :
"kamu makan laaa...kejap lagi mak makan....
Aku :
"kenapa mak tak makan ikan?
Bonda :
"kamu makan laaa....mak tak pe....
Aku :
"mak ambil separuh....reel ambik separuh!...
(Gambar hiasan sahaja)
Adoiiiyaiii...klu nak diceritakan kesah aku sampai bila pun tak habis.......Sebenarnya sejak bonda aku tiada aku rasa amatlah sunyi...untuk mengatasi kesunyian ini aku terpaksa memenuhi jadual harian ku dengan aktiviti-aktiviti luar....tetapi kekadang bukan selalu ada aktiviti....tapi masih lagi aku rasa keseorangan. Betullah kata pepatah...
(Kasih sayang, tidak boleh dibeli dengan wang dan harta benda)
Walaupun kita tidak dapat kasih sayang dari keluarga dan sahabat, tetapi masih ada kasih sayang yang tidak kita nampak mahupun jelas...KASIH SAYANG ALLAH KEPADA UMATNYA
(Kasih sayang, tidak boleh dibeli dengan wang dan harta benda)
Walaupun kita tidak dapat kasih sayang dari keluarga dan sahabat, tetapi masih ada kasih sayang yang tidak kita nampak mahupun jelas...KASIH SAYANG ALLAH KEPADA UMATNYA
Ya Allah....sesungguhnya aku amatlah berdosa kerana tidak dapat membalas jasa bonda ku yang sanggup berkorban demi anaknya yang tersayang....Ya Allah aku mohon padamu...masukkan lah ibu ku kedalam syurga mu...aminn

Comments
Post a Comment
orang aje hehehe