Skip to main content

Landscape Architecture Exam

Kepada kawan-kawan yang ingin mendapatkan sukatan exam dan soalan-soalan ramalan bagi untuk menduduki PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN sebagai JURUTEKNIK LANDSKAP (J17) maka saya berbesar hati untuk berkongsi ramalan soalan yang akan ditanya semasa menduduki peperiksaan nanti, saya mengucapkan SEMOGA BERJAYA

BAHAGIAN I

Korang baca dalam buku nie tau.
Perintah-perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan
i. Syarat-syarat Am Lantikan dan Perkhidmatan
ii. Tempoh Percubaan dan Pelanjutannya
iii. Pengesahan dalam Jawatan dan Kemasukan dalam Penjawatan Berpencen
iv. Penamatan Kerja dan Notis Berhenti Kerja

Elaun - elaun Dalam Perkhidamatan
i. Elaun-elaun kerana bertugas
ii. Kemudahan-kemudahan perjalanan
iii. Elaun-elaun kerana berkursus
iv. Elaun-elaun pelbagai

Cuti
i. Cuti yang diberikan kerana perkhidmatan
ii. Cuti tidak berekod
Kelakuan dan Tatatertib
i. Cari dalam buku perintah am banyak tau...

Perubatan
i. Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai
ii. Bayaran dan peraturan Wad


Waktu Bekerja Lebih Masa
i. Waktu berkerja dan lebih masa

Panduan Pengurusan Pejabat
i. Aku lupa bab ape gagagaga pettakkk...

(SEMUA DIATAS ADA DALAM BUKU PERINTAH-PERINTAH AM)

Arahan Perbendaharaan

Prosedur Perakuanan
i. Mengawal terimaann, bayaran dan menyimpan wang simpanan
· Am
· Terimaan
· Bayaran

ii. Prosedur Perolehan Bekalan, Perkhidmatam dan Kerja
· Am
· Pembelian, Tender dan Kontrak

Pekeliling Kemajuan Pentadbirab Awam (PKPA)
i. Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawataankuasa Kerajaan
ii. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
iii. Garis Panduan Mengenai Strategik-strategi Peningkatan KUaliti Dalam Perkhidmatan
iv. Panduan Mengenai Sistem Penjadualan yang Bersepadu (SIAP)
v. Panduan Mengenai Peningkatan Prisuktovoto dalam Perkhidmatan Awam
vi. Panduan Mengenai Meningkat Mutu Kerja (KMK)
vii. 
viii. Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
ix. Panduan Mengenai Dasar Persyarikatan Malaysia
x. Panduan Mengenai Tatacara Pengunaan Borang Tindakan Kerja
xi. Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam Perkhidmatan Awam
xii. Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan
xiii. Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)
xiv. Lain-lain Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang dikeluarkan dari semasa ke semasa

BAHAGIAN II

Seksyen I - Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Landskap (wajib dijawab oleh setiap calon)

Seksyen II - Landskap Lembut (wajib dijawab oleh setiap calon)

Seksyen III - Prinsip Rekabentuk Landskap
- Binaan Landskap
- Keperluan Asas Utiliti Dalam Landskap
- Tatacara Pentadbiran Landskap
- Pengeluaran kepada Dasar dan Perundangan Landskap
- (wajib dijawab oleh setiap calon)

(SEMUA SEKSYEN WAJIB KENA LULUS TAU)!!!!!!!!!

Seksyen I adalah wajib – Lukisan – dua soalan jawab satu
Seksyen II adalah wajib – 40 soalan jawab semua (objektif)
Seksyen III adalah wajib – 40 soalan jawab semua (objektif)


SEKSYEN I  (AUTOCADD)
** Wajib belajar kalau nak lulus... ala buat plan jeeee... janji ada nampak design**

Contoh soalan yang aku ingat laaaa...

Buat lukisan ringkas bagi landskap kejur dan landskap lembut –buat dalam autocadd dalam berskala 1:100 daripada lukisan lakaran yang dibagi dalam berskala 1:200 dengan menggunakan perisian yang ditetapkan (lukisan nanti dibagi dalam kertas soalan tiru dan tukar skala) ko orang kena bawak pembaris skala laaaa... (JANGAN LUPA TAU)

Buat juga design jenis-jenis binaan dan kemasan serta tanaman/tumbuhan buat sendiri tau... ala yang senang2 je.. mcm tempat duduk petak jeeee.

Kena buat jadual pokok tau.. nama2 pokok, jenis2 pokok, kuantiti pokok dll... ala mcm buat working drawing (aku bagi contoh yang patut kena buat)

(Contoh 1st)

(Contoh 2nd)
SEKSYEN II (LANDSKAP LEMBUT)

Yang nie korang kena buat ujian pengetahuan asas dalam aplikasi aspek-aspek perisian dan perkakasan di dalam kerja-kerja landskap cth :-

i. Keperluan asas pertumbuhan tanaman
· Fungsi daun, batang dan akar
· Pengaruh air, cahaya dan iklim kepada tumbuhan
· Media tanaman

ii. Pengenalan kepada bahan tanaman landskap
· Jenis-jenis tumbuhan landskap
· Pengecaman tumbuhan landskap
· Penggunaan tumbuhan dan landskpa
· Jenis dan kaedah pembiakkan

iii. Penanaman
· Pemilihan bahan tanaman
· Teknik penanaman dan pemancangan
· Sungkupan

iv. Penyelenggaran landskap lembut
· Penyiraman – tujuan,kekerapan dan kualiti air
· Pembajaan - jenis, kuantiti dan kaedah pembajaan
· Pemangkasan – tujuan, jenis dan kaedah
· Asas penjagaan kesihatan tanaman – tujuan, jenis dan kaedah kawalan
· Keselamatan dalam kerja
· Jadual penyelenggaran

SEKSYEN III (PRINSIP R/B)

Ko orang akan diuji  dalam pengetahuan asas dan kefahaman dalam aspek prinsip rekebentuk landskap cth :-

i. Penggunaan ruang dalam rekabentuk landskap
· Definisi ruang dalam rekabentuk landskap
· Jenis ruang dalam rekabentuk landskap
· Komponen-komponen dalam pembentukkan ruang

ii. Prinsip asas rekabentuk landskap
Pengenalan kepada prinsip asas rekabentuk landskap seperti:
· Penumpuan
· Keseimbangan
· Turutan
· Kesatuan
· Keringkasan
· Keanekaan

iii. Kepentingan landskap dalam kehidupan
· Fungsi dan kepentingan landskap
· Kesan kepada alam sekitar

Binaan Landskap (HARD SCAPE)

Ko Orang akan diuji pengetahuan asas dan kefahaman dalam aspek teknikal pembinaan landskap kejur
cth :-

i. Bahan-bahan binaan dalam landskap
· Jenis-jenis bahan binaan
· Ciri-ciri bahan binaan
· Kegunaan bahan binaan

ii. Spesifikasi binaan landskap
· Konkrit
· Batu bata
· Kayu
· Besi
· Bahan-bahan lain

iii. Teknik pembinaan
· Konkrit
· Batu bata
· Kayu
· Besi
· Bahan-bahan lain

iv. Asas pembinaan dan penyelenggaraan landskap kejur
· Langkag-langkah penyelenggaran bagi bahan-bahan binaan seperti konkrit/batu bata/kayu/besi dan bahan-bahan lain
· Jadual pembinaan dan penyelenggaran
· Jenis dan penggunaan peralatan yang berkaitan dengan penyelenggaran landskap
· Proses pemantauan

Keperluan Asas Utiltit dalam Landskap

Ujian pengetahuan asas dan kefahaman dalam aspek teknikal keperluan asas utiliti dalam landskap cth :-

i. Asas mengenai system bekalan dan pendawaian elektrik
· Jenis system bekalan dan pendawaian
· Piawaian kod warna pendawaian
· Simbol komponen bekalan dalam lukisan pembinaan dan di lapangan

ii. Asas sistem retikulasi bekalan air
· Jenis sistem bekalan
· Saiz, kelas dan jenis bahan paip
· Simbol dan komponen sistem dalam lukisan pembinaan dan di lapangan

iii. Asas mengenai system pengairan dan penyiraman
· Jenis-jensi sistem pengairan
· Saiz, jenis bahan, jenis sambungan dan jenis ‘nozzle’
· Simbol dan komponen sistem dalam lukisan pembinaan dan di lapangan

iv. Asas sistem saliran, perparitan dan kumbahan
· Jenis-jensi sistem
· Simbol dan komponen sistem dalam lukisan pembinaan dan di lapangan


Tatacara Pentadbiran Landskap

Ujian tentang pengetahuan asas dan kefahaman dalam aspek tatacara pentadbiran landskap cth :-

i. Proses kelulusan pelan pembangunan landskap
· Keperluan dan kekentingan penyediaan pelan pembangunan landskap
· Menerangkan proses kelulusan pelan landskap
· Komponen-komponen yang perlu ada dalam proses kelulusan pelan landskap

ii. Tatacara Perolehan
· Jenis-jenis perolehan
· Peraturan kewangan bagi sebutharga dan tende
· Dokumen-dokumen yang diperlukan dalam sebutharga dan tender

iii. Asas mengenai aspek keselamatan dan perlaksanaan projek dan penyelenggaran landskap
· Bentuk dan keperluan keselamatan bagi peralatan, jentera, tapak, pekerja, pemgguna dan orang kurang upaya (OKU)
· Jenis-jenis insuran dan polisi yang berkaitan dengan keselamatan dan keperluannya
· Prosedur ketika kecemasan
· Pematuhan piawaian keselamatan

iv. Asas pengurusan landskap dan taman
· Komponen asas pengurusan landskap dan taman iaitu sumber manusia, kewangan, bahan dan peralatan/jentera
· Keperluan pelan pengurusan landskap dan taman
· Keperluan manual operasi dan penyelenggaraan taman


Pengenalan Kepada Dasar dan Perundangan Landskap

Ujian pengetahuan asas dan kefahaman mengenai dasar dan perundangan yang berkaitan dengan landskap cth :-

i. Pengenalan kepada dasar Landskap Negara
· Tujuan
· Keperluan
· Kepentingan

ii. Jenis-jenis akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang berkaitan dengan landskap
· Nama akta, undnag-undang kecil dan garis panduan yang berkaitan
· Tujuan
· Keperluan
· Kepentingan
· Kaitan dengan landskap


CONTOH SOALAN OBJEKTIF JURUTEKNIK LANDSKAP (J17)

Soalan nie aku buat seingat aku masa ambil exam dulu dan soalan akan berubah2 setiap kali exam baru dibuat, tapi aku rasa lebih kurang je laaa... (Rujukan pada pengalaman aku bekerja dalam bidang landskap)

1. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya

i – 1 orang pegawai kumpulan pengurusan dan professional.
ii – 3 orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional.
iii – 1 orang pegawai dari kumpulan sokongan.
iv – 2 orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional.

a. ii sahaja
b. i dan iii
c. iii dan iv
d. ii dan iv
e. kesemua jawapan adalah salah

2. Saiz minimum bagi orang awam untuk berekreasi dan melakukan aktiviti riadah ialah:

a. 0.5 ekar
b. 1.0 ekar
c. 0.2 ekar
d. 1.5 ekar
e. 2.0 ekar

3. Mengapa perlu wujudnya Dasar Landskap Negara?

i – Untuk mewujudkan suasana social yang kondusif melalui penyediaan kemudahan dan keperluan awam yang bersesuaian dengan ekosistem.
ii – Untuk membangunkan industri Landskap yang berdaya maju.
iii – Untuk meningkatkan kesedaran serta penglibatan orang awam dan pihak yang berkepentingan terhadap keperluan pembangunan Landskap.
iv – Untuk membina sebuah taman persekutuan yang dinamakan Taman Awam Berskala Besar.
v – Untuk menjadikan pokok bunga raya sebagai tanaman hiasan utama.

a. i dan ii sahaja
b. ii dan iii sahaja
c. i,ii dan iii
d. iii dan iv
e. kesemuajawapan adalah salah

4. Berapa lamakah tempoh masa iklan sebutharga dipamer?

a. 7 hari dari tarikh iklan.
b. 7 hari belanja minimum.
c. 7 hari 7 malam.
d. 7 hari termasuk hari minggu.
e. 7 hari termasuk hari cuti umum.

5. Sila nyatakan proses menyediakan rekabentuk Landskap secara tersusun.

i – Analisis Tapak
ii – Inventori Tapak
iii – Lawatan Tapak
iv – Pelan Induk Landskap
v – Pelan Konsep

a. ii,iii,I,iv dan v
b. iii,ii,I,iv dan v
c. iii,ii,I,iv dan v
d. I,ii,iii,iv dan v
e. Semua jawapan adalah salah

6. Nyatakan saiz rangka besi yang paling sesuai digunakan dalam pembinaan lantai sesebuah taman rekreasi.

a. BRC A4
b. BRC A6
c. BRC A8
d. Mire Mesh
e. Y 12

7. Diantara istilah-istilah berikut yang manakah tidak ada didalam proses merekabentuk Landskap .

a. Sitemetic Plan
b. Concept Plan
c. Landscape Master Plan
d. As – built Plan
e. Bubble diagram

8. Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Peruntukan Sementara didalam sesebuah dokumen kontrak.

a. Provisional Item
b. Provisional Quantity
c. Provisional Sum
d. Provisional Clause
e. All Provisional

9. Diantara berikut, siapakah yang menjadi pegawai Penguasa yang dinamakan didalam kontrak sesebuah taman awam yang dibangunkan oleh Jabatan landskap Negara.

a. Yang Di Pertua Majlis
b. Ketua Setiausaha Kementerian
c. Pegawai Lembaga Perolehan
d. Pegawai Jawatankuasa Tender
e. Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara

10. Diantara kesalahan-kesalahan berikut, kesalahan manakah yang mandatori yang menyebabkan sesuatu tender di keluarkan.

a. Tidak menghantar penyata kewangan
b. Tidak mengisi borang tender
c. Kesilapan pengiraan
d. Tidak menyatakan pengalaman
e. Tidak mengisi ringkasan akhir tender

11. Berapakah kadar wang jaminan perlaksanaan didalam sesebuah kontrak?

a. 5% daripada jumlah keseluruhan kontrak.
b. 10% daripada jumlah keseluruhan kontrak.
c. 15% daripada jumlah keseluruhan kontrak.
d. Peratus BLR semasa daripada keseluruhan kontrak.
e. 20% daripada jumlah keseluruhan kontrak.

12. Aspek-aspek berikut perlu dikumpul dan dianalisa sebelum sesuatu rekabentuk Landskap dijalankan. Yang manakah antara berikut tidak berkenaan.

a. Aspek Guna Tanah
b. Aspek Persekitaran
c. Aspek Sosio-ekonomi
d. Aspek Kelemahan PBT
e. Aspek regetasi dan tumbuh-tumbuhan

13. Diantara berikut merupakan dasar-dasar yang perlu ada dalam pemilihan lantikan perunding Landskap KECUALI

a. Keutamaan kepada firma bumiputra atau tempatan.
b. Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan CIDB.
c. Nilai faedah yang terbaik.
d. Menggalakkan perkembangan industri tempatan.
e. Pemindahan teknologi.

14. Diantara berikut yang manakah BUKAN merupakan kriteria pemilihan perunding Landskap.

a. Berkeupayaan merekabentuk dengan baik dan mempunyai hubungan baik dengan pihak Jabatan.
b. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang perundingan Landskap.
c. Lulus Penilaian Teknikal dan Kewangan.
d. Prestasi dan pengalaman perunding yang baik dan memuaskan.
e. Keutamaan kepada firma bumiputra dan tempatan.

15. Kenyataan manakah di antara berikut yang TIDAK TEPAT.

a. Keluasan Lot Mainan antara 0.6 hektar hingga 2.0 hektar.
b. Keluasan Padang Kejiranan antara 2.0 hektar hingga 8.0 hektar.
c. Keluasan Taman Tempatan antara 8.0 hektar hingga 14 hektar.
d. Keluasan Taman Bandaran antara 40 hektar hingga 100 hektar.
e. Keluasan Taman Wilayah ialah 100 hektar keatas.

16. Yang manakah diantara berikut boleh dikategorikan sebagai ‘Force Majuere’.

a. Lewat memesan bahan binaan.
b. Lewat tandatangan Surat Setuju Terima.
c. Lewat terima lulusan penilaian.
d. Lewat datang mesyurat.
e. Lewat kemaskini site-diary.

17. Diantara berikut BUKAN merupakan faktor yang perlu diambilkira semasa membuat Unjuran Perbelanjaan Tahunan.

a. Prestasi kerja kontraktor bagi sesuatu projek.
b. Peruntukan tahunan.
c. Siling tahunan.
d. Kadar BLR Semasa.
e. Notis Perubahan.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan Shortfall Jabatan.

a. Lebihan Wang Peruntukan Sementara.
b. Serahan Peruntukan dari agensi lain.
c. Lebihan Wang Kos Prima.
d. Peruntukan Jabatan yang dipotong pihak kementerian.

19. Diantara proses perolehan berikut, yang manakah TIDAK melibatkan keputusan daripada Lembaga Perolehan Agensi.

a. Tender
b. Sebutharga
c. Rundingan Terus
d. Waran
e. Tender Terhad

20. Didalam sistem Perolehan Kewangan apakah yang dimaksudkan dengan L.O.

a. Legal Order
b. Local Order
c. Long Order
d. Last Order
e. Last Order

21. Diantara berikut BUKAN merupakan kegunaan rumput bagi sesebuah kawasan rekreasi.

a. Menstabilkan tanah
b. Meredakan suhu
c. Tempat duduk dan riadah
d. Alas pada padang permainan
e. Menyerap udara cemar dan debu jalan raya

22. Perkara-perkara berikut perlu ada pada sesebuah Iklan Tender KECUALI

a. Jumlah harga kontrak ditawarkan
b. Nama Jabatan yang memanggil
c. Harga tender dijual
d. Kelayakan penender
e. tarikh tender ditutup

23. Diantara kawasan-kawasan berikut, kawasan manakah yang merupakan pusat jualan bagi tanam-tanaman secara pukal dalam industry landskap di Malaysia.

a. Sungai Buloh, Selangor
b. Batu Pahat, Johor
c. Muar, Johor
d. Sungai Ara, Pulau.Pinang
e. Triang, Pahang
 
Mesti kawan-kawan nak tahu jawapannya hahahaha... mane boleh bagi kena cari sendiri ye.. ini hanyalah ramalan dan berkemungkinan ada yang akan keluar satu atau pun dua. Bergantung kepada nasib...
 
GOOD LUCK
 
SAMPAI DISINI SAHAJA YANG DAPAT DIKONGSI BERSAMA - SALAM MESRA DARI ARJUNAKIRANA

Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...