Thursday, January 26, 2012

Butik Pengantin di IPOH Perak


SENARAI BUTIK PENGANTIN DI IPOH PERAK

Assalammualaikum semua, terasa nak menaip lagi la pulak, bukan ape teringat semasa menghantar kawan-kawan bersanding dan bernikah masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas, Pegi hantar member kat butik pengan tin untuk menganbil baju persandingan dia, perghhhhh.. cantik siut, macam-macam baju pengantin punya design, terasa nak kawin la pulak, hahaha.. siap belek belek baju yang berkilau-kilau. kawan aku sewa je, warna hijau tua + hijau cokelat-cokelat, baju masa nikah mesti la warna putih, semuanye cantik cantik. ini la namanye RAJA SEHARI semuanye nampak cantik dan hensem, tapi aku bila la pulak... bak kata pepatah tak tahu la bila nak merasa. satu hari nanti merasa la...


Kebanyakkan pakaian perempuan la yang paling menyerlah, bagi lelaki biasa-biasa aje, plain jeee.. janji ada tengkolok dan samping serta keris dah cukup, bak pahlawan yang paling gagah di alam semesta ini, pergh tak tahu la bila jadi pahlawannye.. kih kih kih.. Orang kata pada waktu malam je yang gagah!!! tah ape yang gagah pun tak tahu laaa.. mengarut aje, tapi kalau aku la aku nak menjadi seorang suami yang paling baik untuk isteri dan anak-anak aku nanti, dan tak lupa juga akan menjadi menantu yang paling baik, insyaallah. Bila aku godek godek gambar pengantin aku terjumpa gambar ASHRAF MUSLIM perghhh aku suka cara dia berpakaian pengantin, sungguh eligen dan aku akan capaikan suatu hari nanti. Minta para-para caparela la nak pakai baju mcm tu heheheh... berangan lebih laaaaa.. jom tengok gambar dia.. sungguh lawa berminat aku..


Smartkan dan sungguh smart. tak sabar nak jadi hensem mcm dia... hehehe tengah jaga badan nie.. harap-harap tercapai cita-cita.. Putih + Ungu sangat-sangat suci, aku pun suka warna putih, cun gitu isteri dia pun pakai baju yang sopan dan cool je.. agak simpel dan comel, tak la nampak berat sangat, sesetengah orang tu suka yang berat-berat cerah bagai, hehehe tapi tak pe la cantik juga, rasa tak cukup la gambar nie, nak tambah lagi, jom tengok gambar pertunangan pulak.


Alhamdulillah, semoga berbahgia mereka berdua, pergh.. terbayang-bayang aku yang menikah. kawan aku kata macam tak percaya dah kawin selepas nikah.. heheheh biasa la semua orang kata mcm tu.. sebab benda itu berlaku dengan sekelip mata saje, tau tau dah sah pernikahan mereka berdua. Tahniah la kepada kawan-kawan dah mendirikan rumah tangga. Aku bila la pulak kan.. tunggu si dia mcm tak bersedia aje, nak jumpa tak jumpa-jumpa, kena cari masa yang sesuai la kan..

"Alangkah indahnya jika kita bersatu bersama menempuh onak duka, semoga di berkhati bersama berdua sehingga keakhir hayat. Akan aku senyempurnakan hidup ini bersama mu, oh indahnya terasa"

Sambil menaip sambil mendengar lagu dari (Awi Rafael - Bila aku jatuh cinta) nie jadi jiwang pulak aku.. hehehe boleh jadi lagu background masa aku bersanding nanti. ewah cita-cita melambung konon. Insyaallah cita-cita kena ada, boleh la menjadi kenyataan nanti.

Walimatul Urus

Hadith: 
Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.
Salam dari Arjunakirana sekian

15 comments:

emy zulaiha said...

wah dah ade niat nak kawen.baguslah tue..tak lama lagi sampai lah masenye tue :)

Arjunakirana said...

Insyaallah... tak sabar rasanye nak mendirikan masjid yang indah :)

cik marikh said...

insyAllah...

Arjunakirana said...

yahoooooo... TQ

Anonymous said...

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”

Arjunakirana said...

yeeeee.... betul tu... dah tak sanggup menanti :P

hairil said...

aswad... walpaper n tulisan pth... xnmpk paper

! Arjunakirana ! said...

oooo ye ke? nanti edit balik :)

eLLa n aLia said...

apa mksud, "si dia mcam tak bersedia je" ?
terus terang lah, trus msuk mminang.. pastu, tiap hari lah dpat jumpa kan.. tpi, jgn gljoh.. :D
btw, thanks sebab follow..

emy zulaiha said...

wah..jgn lupe jempot tau! ehem ehem..:p

! Arjunakirana ! said...

hehehehe... sabar sabar... jangan gelojoh... :P

! Arjunakirana ! said...

Insyaallah...

! Arjunakirana ! said...

Cik Marikh dengar tu... nanti ada yg datang nak meminang awak :p

cik marikh said...

tak dengar ponn...baca je. =p

! Arjunakirana ! said...

Adoiyai... susah la mcm nie... :(