Sunday, January 16, 2011

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar


Bismillahirrahmanirrahim

"Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar"

Perkataan yang selalu kita lupa yang sepatutnya kita ucapkan apabila terkena musibah baru la kita ingat semula ape yang harus kita lakukan, telah menjadi lumrah mausia kita sering kali di sesatkan oleh saitan-saitan yang direja itu.

sebenarnya aku baru sahaja dimtipa musibah dan aku redha dengan ape yang menimpa diri aku ini, mungkin ada hikmatnya akan tetapi aku sendiri pelik kenapa aku cukup bersabar dengan ape yang menimpa pada diri ku ini, selalunya aku tak sabar dan aku melakukan tindakan-tindakan yang kurang memikirkan sekeliling, akan tetapi semenjak dua menjak ini aku sabar dan sabar sambil tersenyum sahaja, itu yang aku naik hairan bin pelik... agaknya dah "Tua" kot hahahaha... atau lebih elok lagi dah cukup cukup matang...

kejadian ini berlaku dalam jangka masa 3 & 4 jam pada awal awal pagi, kereta aku di pamcitkan tayar ketiga-tiga biji tayar.. perghhh.. pagi-pagi kawan panggil aku didalam bilik dia surauh aku tengok kereta aku ape sudah jadi.. sambil tersenyum je aku bangun dan melihat kereta aku.. alamak sekali pamcit deee... hemmm ape lah buat cari jalan selesai je laaa.. cool je terus g kedai tanya toke kedai macam mana nak buat.. macam-macam la orang tanya, aku cari gaduh dengan orang ke? ada buat masalah dengan orang ke? orang nak curi rim kereta ke? macam macam la pertanyaan jiran jiran aku nie... prihatin la pulak... aku pun tak tau rupenye prihatin juga jiran jiran aku nie... hahaha..
walaupun aku tak pernah nak menyembang... sekadar senyum je.. malu katakan :D.. ape2 pun terima kasih la kat jiran jiran tolong tengok aku dan kawan aku buka tayar kereta nak anta g kedai tayar hahaha.. ape ape pun aku berbesar hati pada kawan serumah aku yang banyak membantu dam hidup aku.. "terima kasih bro wa caya sama lu"
ape ape pun

"SABAR ITU ADALAH MULIA"

RENUNGAN BERSAMA

"Ucapan Yang Baik Dibalas Dengan Yang Lebih Baik"

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.

Huraian Hadith:
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT

No comments: